Sunday, May 23, 2010

SURAH AL-IKHLAS


Fadhilat Surah al-Ikhlas:
  1. Surah ini merupakan surah yang paling popular dan lazim bibaca dalam solat setelah membaca surah al-Fatihah. Ia ringkas dan mengandungi pengertian yang amat bermakna iaitu mentauhidkan Allah Yang Maha Esa.
  2. Surah ini juga dibaca dalam majlis-majlis tertentu seperti majlis tahlil dan sebelum membaca Surah Yasin. Surah ini juga dibaca dalam pelbagai solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tahajjud dan pelbagai lagi.
  3. Fadhilat membaca surah ini amat banyak, antaranya ialah diampunkan dosa, terpelihara daripada melakukan dosa dan terlepas dari seksa kubur.
  4. Jika dibaca ketika keluar dan masuk rumah sendiri, insya-Allah akan terhindar daripada keiskinan yang melampau dan dikasihi oleh masyarakat sekitar.
  5. Membacanya sebanyak tiga kali pahalanya menyamai pembacaan seluruh Al-Quran. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam berpesan kepada Aisyah (ra): "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu sebelum khatam Al-Quran, sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, sebelum para muslim meredhai kamu dan sebelum kaulaksanakan haji dan umrah." Aisyah (ra) bertanya kembali: "Ya Rasulullah! Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam waktu yang singkat?" Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tersenyum dan bersabda: "Jika engkau tidur bacalah al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran. Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadat haji dan umrah."
  6. Sesiapa yang membacanya dalam solat sunat dhuha pada rakaat kedua sebanyak 10 kali setelah membaca ayat kursi 10 kali pada rakaat pertama, insya-Allah ada rezeki untuknya pada hari itu

No comments:

Post a Comment